NEWS

Allo Technology sumbang RM10,000 kepada Projek Zero Hunger

Allo Technology sumbang RM10,000 kepada Projek Zero Hunger

Oleh Siti Azielah Wahi

CYBERJAYA – Penyedia perkhidmatan telekomunikasiAllo Techology menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Malakat Mall dan Yayasan Brainy Bunch selaku penganjur projek Zero Hunger.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan Allo Technology, Ahmad Nadzri Hamzah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

Hasil sumbangan itu disalurkan kepada 200 keluarga B40 yang terjeas sekitar Cheras sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Komunikasi KorporatAllo Technology, Raja Sazita Raja Ahmed Siffudin berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR)syarikat berkenaan bagi meringankan bebankeluarga yang terjejas susulan pendemik COVID-19.

“Kami yang beroperasi di Cyberjaya memilih untuk menyalurkan sumbangan ini melalui Malakat Mall yang merupakansalah satu entiti yang dipercayai dan aktifmelaksanakan aktiviti amal melalui projek Zero Hunger.”

“Diharapkan dengan bantuanini sedikit sebanyak membantu golongan memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Selain barangan keperluan seperti beras, telur, minyak masak, tepung, gula dan kurma, kali ini keluarga yang layak mendapat bantuan turut menerima beberapa jenis kuih raya, daging burung puyuh dan pau sejuk beku.

Dalam pada itu, pasukan agihan Projek Zero Hunger dari Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT) mengagihkan 200 bungkusan sumbangan itu kepada keluarga B40 sekitar Cheras – MBNews